Text
Wanita Berkarir Surga
Buku ini tentang kemuliaan kaum hawa menurut Islam, dan betapa gerakan femenism dibawa budaya barat yang keterlaluan itu membawa jauh keberadaan fitrah seorang wanita dari yang seharusnya. Beberapa fakta yang diletakkan diawal buku tentang bagaimana beberapa buah negara luar memperlakukan kaum wanita mereka suatu masa dahulu membuatkan saya sedih. Bukan saja wanita-wanita ini diperbudakkan dan diperkosa, tapi mereka juga dibunuh.
Jatuhkah martabat seorang wanita kerana dia memilih untuk menjadi surirumah? Sia-siakah persekolahan dan sijilnya kerana itu? Buku ini mengajak kita mengingat semula akan peranan sebenar seorang wanita walau kedudukan dunianya begitu tinggi.
Sungguh, persepsi masyarakat zaman moden ini tentang bagaiman selayaknya seorang "wanita berjaya" itu membuat para wanita dan naluri sebenar mereka terpesong melawan arus. Teringat perkongsian Ustazah Asma' Harun di Facebook beliau tentang wanita bekerjaya tidak seharusnya bertukar peranan dengan suami sepenuhnya walaupun hanya si isteri yang bekerja mencari nafkah, dan bukannya suami, atas sebab apapun.
Tidak tersedia versi lain